ad
AGENDA

Tokoh ulama: Ilmu bermanfaat perlu disebar, jangan simpan demi kepentingan diri

2 Okt 2024, 6:55 AM
Tokoh ulama: Ilmu bermanfaat perlu disebar, jangan simpan demi kepentingan diri
Tokoh ulama: Ilmu bermanfaat perlu disebar, jangan simpan demi kepentingan diri
Tokoh ulama: Ilmu bermanfaat perlu disebar, jangan simpan demi kepentingan diri
Tokoh ulama: Ilmu bermanfaat perlu disebar, jangan simpan demi kepentingan diri
Tokoh ulama: Ilmu bermanfaat perlu disebar, jangan simpan demi kepentingan diri
Tokoh ulama: Ilmu bermanfaat perlu disebar, jangan simpan demi kepentingan diri
Tokoh ulama: Ilmu bermanfaat perlu disebar, jangan simpan demi kepentingan diri
Tokoh ulama: Ilmu bermanfaat perlu disebar, jangan simpan demi kepentingan diri

SHAH ALAM, 2 OKT: Umat Islam diingatkan supaya sentiasa menyebarkan ilmu dan tidak menyembunyikannya demi kepentingan diri sendiri.

Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni berkata golongan yang menyembunyikan ilmu walhal dia mengetahuinya akan menerima balasan azab api neraka yang tidak tertanggung.

“Mana-mana orang yang mempunyai ilmu tetapi dia menyembunyikannya, maka akan dijadikan tali kekang dari apa neraka di mulutnya pada hari pembalasan kelak.

[caption id="attachment_665986" align="alignleft" width="395"] Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni menyampaikan pengajian pada Majlis Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 2 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Namun begitu, perlu juga dilihat pada kesesuaian si penerima ilmu. Sebab itu ada darjah dan kelas menengah di sekolah (sukatan ilmu).

“Ada juga ilmu yang perlu disembunyikan terutamanya pada zaman fitnah ini kerana bersifat mudarat kepada masyarakat,” katanya ketika menyampaikan kuliah dhuha, hari ini.

Program mengupas karya ulama ulung itu berlangsung tiga hari mulai semalam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.  Esok sesi kuliah Dhuha diadakan mulai 9 hingga 11 pagi.

Sementara itu, pendakwah bebas, Mohd Basri Che Harun, 45, mengakui tidak pernah melepaskan peluang menghadiri majlis agama yang dipimpin Baba Ismail khususnya di Selangor.

Malah, katanya, beliau sanggup berkampung di Shah Alam sepanjang program tokoh ulama Pattani itu berlangsung bagi memudahkan pergerakannya ke masjid negeri.

[caption id="attachment_665987" align="alignright" width="395"] Pendakwah bebas, Mohd Basri Che Harun. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya tinggal di Gombak, tetapi saya berkampung di Shah Alam. Kalau Baba datang lima hari, lima hari lah kita duduk sini. Kita akan ikut program Baba sampai habis sehingga beliau pulang.

“Bagi saya, Baba satu-satunya ulama yang mempunyai pelbagai cabang ilmu. Ilmu yang disampaikan mudah difahami,” katanya.

Sementara itu, pesara kerajaan, Rosmini Ismail, 60, menyifatkan Baba Ismail sebagai guru agama yang menenangkan dengan gaya penyampaian yang lemah lembut.

“Saya sudah beberapa kali datang. Saya hadir untuk ambil keberkatan ilmu daripada ulama selain mahu pengalaman berbeza daripada guru agama luar negara. Gaya penyampaian Baba Ismail amat lembut, suaranya tidak nyaring dan kita yang mendengar juga rasa tenang,” katanya.

[caption id="attachment_665988" align="alignleft" width="395"] Pesara, Rosmini Ismail. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Majlis ilmu itu anjuran bersama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), Pejabat Dato’ Menteri Besar, Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath dan masjid negeri.

Kerajaan Negeri turut menganjurkan Festival Turath Islami Selangor kali kedua tahun ini pada 26 Mei hingga 2 Jun lepas.  Program itu menampilkan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Professor Dr Ali Jum’ah yang mengupas Kitab Hadis 40 Imam Nawawi.

Festival itu turut mengadakan Pameran Al-Wahyu yang mempamerkan kitab dari Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi individu.

[caption id="attachment_666014" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai mendengar pengajian Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan dari Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni di Masjid Negeri, Shah Alam pada 2 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_666015" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai mendengar pengajian Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan dari Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni di Masjid Negeri, Shah Alam pada 2 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_666017" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai mendengar pengajian Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan dari Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni di Masjid Negeri, Shah Alam pada 2 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_666019" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai bersalaman bersama tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni selepas menyampaikan pengajian pada Majlis Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 2 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.