AGENDA

Hulu Selangor, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 11 malam

14 Feb 2025, 1:14 PM
Hulu Selangor, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 11 malam
Hulu Selangor, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 14 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor dan Hulu Langat hingga 11 malam.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_687013" align="aligncenter" width="689"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]