ad
ADN

DNS: Wakil rakyat bawa cadangan tingkat pelancongan, infrastruktur

12 Feb 2025, 5:12 AM
DNS: Wakil rakyat bawa cadangan tingkat pelancongan, infrastruktur

SHAH ALAM, 12 FEB: Cadangan merancakkan pelancongan dan isu infrastruktur akan dibawa Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Kembangan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) mulai 18 Februari.

Wong Siew Ki berkata tumpuan diberikan dengan melontarkan cadangan untuk melibatkan pemain ekonomi sampingan dalam kempen Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025.

“Peruntukan RM8 juta untuk promosi TMS2025 sudah disediakan, tetapi kita juga mahu pelancong membeli produk pelancongan Selangor melalui peranan ekonomi sampingan.

“Selain itu, soalan saya di Dewan Undangan Negeri nanti tertumpu sejauh mana inisiatif Kerajaan Negeri menggalakkan usahawan menyertai ekonomi sampingan,” katanya kepada Media Selangor.

Pada masa sama, Siew Ki memberitahu cadangan untuk membina dewan serba guna dan balai raya di Jalan Besar bagi memenuhi keperluan penduduk setempat turut dibawa dalam sidang DNS.

Sebelum ini, Speaker Lau Weng San memaklumkan isu infrastruktur dan banjir dijangka antara tumpuan dalam sidang DNS yang bakal membuka tirai bulan depan.

Beliau menambah jangkaan itu berikutan kedua-dua isu berkenaan melibatkan kepentingan rakyat yang perlu ditangani dan diselesaikan segera.

Weng San turut memaklumkan tarikh tutup bagi serahan soalan wakil rakyat pada 28 Januari lalu membolehkan pejabat EXCO menyediakan jawapan sebelum sidang berlangsung.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.