AGENDA

Selangor-Turkiye jalin kerjasama libat bandar pintar, sistem lalu lintas, keselamatan

11 Feb 2025, 9:23 AM
Selangor-Turkiye jalin kerjasama libat bandar pintar, sistem lalu lintas, keselamatan
Selangor-Turkiye jalin kerjasama libat bandar pintar, sistem lalu lintas, keselamatan

SHAH ALAM, 11 FEB: Selangor Aviation and Technology Innovations Sdn Bhd (SELATI) menjalin kerjasama strategik dengan Turkiye dalam usaha mempercepatkan transformasi digital negeri.

Jalinan dimeterai melalui pertukaran memorandum persefahaman (MoU) Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Pertahanan Industri Pertahanan Turkiye Prof Dr Haluk Gorgun itu memfokuskan kepada bidang bandar pintar, sistem lalu lintas dan aspek keselamatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyaksikan pemeteraian berkenaan.

Pemimpin kedua-dua negara itu turut menyaksikan pertukaran 10 MoU lain dalam pelbagai sektor strategik sempena lawatan rasmi dua hari Erdogan ke Malaysia bermula semalam.

Kerjasama itu dijangka memperkukuh hubungan ekonomi, teknologi, dan keselamatan antara Malaysia dan Turkiye, sekali gus memberi manfaat kepada pembangunan Selangor sebagai negeri maju dan pintar.

[caption id="attachment_686449" align="aligncenter" width="1149"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (depan, kanan) bersalaman dengan Setiausaha Pertahanan Industri Pertahanan Turkiye Prof Dr Haluk Gorgun (depan, kiri) sambil disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ketika majlis pertukaran memorandum persefahaman di Putrajaya pada 11 Februari 2025. Foto RADIN WAZIR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.