ad
AGENDA

Selangor rai semua perayaan, saling menghormati bentuk kehidupan harmoni

11 Feb 2025, 1:00 AM
Selangor rai semua perayaan, saling menghormati bentuk kehidupan harmoni
Selangor rai semua perayaan, saling menghormati bentuk kehidupan harmoni
Selangor rai semua perayaan, saling menghormati bentuk kehidupan harmoni
Selangor rai semua perayaan, saling menghormati bentuk kehidupan harmoni
Selangor rai semua perayaan, saling menghormati bentuk kehidupan harmoni

GOMBAK, 11 FEB: Semua perayaan termasuk Thaipusam akan disambut tanpa gangguan di Selangor bagi memudahkan penganut menunaikan tanggungjawab dan kepercayaan agama masing-masing.

Dato’ Menteri Besar berkata setiap tahun pihaknya menyediakan sejumlah peruntukan untuk penganjuran majlis perayaan, menyokong pengurusan dan pembangunan rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, tokong dan gereja.

[caption id="attachment_686384" align="aligncenter" width="815"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika sambutan perayaan Thaipusam peringkat Selangor di Batu Caves, Gombak pada 10 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“(Sambutan perayaan) Ia tidak menggugurkan iman, tidak halang untuk kita percaya kepada agama masing-masing tetapi apa dilakukan supaya kita dapat hidup aman dan berkumpul dengan harmoni.

“Justeru saban tahun Kerajaan Negeri bukan hanya sediakan peruntukan cukup untuk kedudukan agama Islam tetapi berikan sokongan, tumpuan kepada rumah ibadat seperti kuil, tokong, gereja diberikan tempat sesuai dan jaminan supaya tiada gangguan.

“Kalau ada keperluan mengalih rumah ibadat, ia dilakukan penuh tertib dengan perbincangan dan pastikan semua pihak dapat beribadah dan mengamalkan kepercayaan mereka,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Berucap pada majlis sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniyar Swamy, Batu Caves malam tadi, Amirudin berkata perbezaan agama perlu dirai kerana ia akan mengekalkan suasana aman, harmoni dn menghormati antara satu sama lain sekali gus dapat membangunkan negara.

[caption id="attachment_686375" align="aligncenter" width="709"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan bantuan kewangan kepada wakil rumah ibadat sempena sambutan perayaan Thaipusam peringkat negeri Selangor di Batu Caves, Gombak pada 10 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada Jumaat, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tidak bersetuju terhadap cadangan mewujudkan garis panduan untuk umat Islam menghadiri perayaan agama lain.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berpandangan cadangan itu dibuat pada waktu tidak bersesuaian, ketika rakyat sedang giat mengeratkan amalan muhibah demi perpaduan nasional.

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang memuktamadkan garis panduan berhubung pembabitan umat Islam sambutan perayaan dan upacara kematian orang bukan Islam.

[caption id="attachment_686385" align="aligncenter" width="812"] Ribuan penganut Hindu membanjiri Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, Gombak sempena perayaan Thaipusam yang disambut esok ketika tinjauan pada 10 Februari 2025. Thaipusam merupakan perayaan bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_686386" align="aligncenter" width="809"] Sekumpulan pengunjung berswafoto di pintu masuk Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, Gombak sebelum berarak masuk bagi upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam yang disambut 11 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.