ad
AGENDA

Muzium negeri jadi tarikan promosi kempen Tahun Melawat Selangor 2025

8 Feb 2025, 9:06 AM
Muzium negeri jadi tarikan promosi kempen Tahun Melawat Selangor 2025
Muzium negeri jadi tarikan promosi kempen Tahun Melawat Selangor 2025
Muzium negeri jadi tarikan promosi kempen Tahun Melawat Selangor 2025

SHAH ALAM, 8 FEB: Pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah di sini, hari ini akan menjadi tarikan kehadiran pelancong sempena kempen Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari berkata muzium tersebut memberi ruang kepada pengunjung mengenali sejarah, latar belakang dan pembentukan Selangor.

“Muzium memberi gambaran bagaimana negeri ini dibentuk suatu ketika dahulu dan ia bukan (dibentuk) dari kehadiran kerajaan ataupun selepas penjajah tetapi pada sejarah zaman neolitik dan tembaga.

[caption id="attachment_686064" align="aligncenter" width="764"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah meninjau ruang pameran di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 8 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Ia juga memberi ilmu dan maklumat kepada pengunjung seiring musim cuti sekolah pada ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat pembukaan muzium tersebut.

Amirudin turut menjemput orang ramai khususnya di Selangor untuk mengunjungi sambil merasai pengalaman menarik muzim kendalian Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Menurutnya, lebih 700 pengunjung hadir ke muzium berkenaan seawal tiga jam pertama ia dibuka dan akan terus diberi nilai tambah untuk memberi termasuk membangunkan ruang kanak-kanak.

[caption id="attachment_686065" align="aligncenter" width="680"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah bersantai di warung, sebagai salah satu tarikan di Muzium Sultan Alam Shah ketika lawatan pada 8 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"(Ia) akan dibangun untuk memberi pengalaman lebih bermakna kepada pengunjung selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata Kerajaan Negeri memperuntuk lebih RM5 juta bagi kerja menaik taraf muzium yang ditutup sejak 2019.

Menurutnya, pelbagai tarikan baharu disediakan antaranya 1,000 pameran artifak, pameran alam kubur 3D, sejarah warisan warung makanan dan perkahwinan kaum di Selangor.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.