ad
AGENDA

Muzium di Malaysia perlu perhebat paparan sejarah, warisan budaya

13 Nov 2024, 2:00 PM
Muzium di Malaysia perlu perhebat paparan sejarah, warisan budaya
Muzium di Malaysia perlu perhebat paparan sejarah, warisan budaya
Muzium di Malaysia perlu perhebat paparan sejarah, warisan budaya
Muzium di Malaysia perlu perhebat paparan sejarah, warisan budaya

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Muzium di Malaysia boleh diperhebat dengan memperbanyakkan paparan sejarah serta warisan budaya negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata lawatan beliau ke Grand Egyptian Museum di Giza semalam membuka peluang untuk mendalami keunikan dan kekayaan warisan budaya masyarakat Mesir terdahulu.

“Semalam sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Kaherah, saya dan delegasi Malaysia terima pelawaan Kerajaan Mesir untuk mengunjungi Grand Egyptian Museum di Giza.

“Saya dimaklumkan bahawa muzium ini baru dibuka dan merupakan yang terbesar di dunia, menempatkan lebih daripada 100,000 artifak bersejarah Mesir,” katanya dalam catatan itu.

Anwar berkata kunjungan bersama delegasi Malaysia itu diadakan di hujung lawatan rasmi empat hari ke Mesir atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_672862" align="aligncenter" width="700"] Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melawat muzium di Kaherah Mesir pada 12 November 2024. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri[/caption]

[caption id="attachment_672863" align="aligncenter" width="700"] Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melawat muzium di Kaherah Mesir pada 12 November 2024. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri[/caption]

[caption id="attachment_672865" align="aligncenter" width="700"] Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melawat muzium di Kaherah Mesir pada 12 November 2024. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.