SHAH ALAM, 3 FEB: Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor baharu berkuat kuasa hari ini.
Ahmad Fadzli yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri dilantik bagi menggantikan Dato’ Haris Kasim.
Majlis menandatangani nota serah tugas disaksikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari.
Hadir sama menyaksikan ialah barisan EXCO Kerajaan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Mohd Yazid Sairi, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Dato’ Johary Anuar dan seluruh Ketua Jabatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Ahmad Fadzli pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Ketua Kluster Pengurusan dan Inovasi (INTAN) sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor pada 16 Disember 2021.


