ad
AGENDA

Amirudin kunjungi kediaman EXCO, rai Tahun Baharu Cina bersama tetamu berbilang bangsa

29 Jan 2025, 5:30 AM
Amirudin kunjungi kediaman EXCO, rai Tahun Baharu Cina bersama tetamu berbilang bangsa
Amirudin kunjungi kediaman EXCO, rai Tahun Baharu Cina bersama tetamu berbilang bangsa
Amirudin kunjungi kediaman EXCO, rai Tahun Baharu Cina bersama tetamu berbilang bangsa
Amirudin kunjungi kediaman EXCO, rai Tahun Baharu Cina bersama tetamu berbilang bangsa

SHAH ALAM, 29 JAN: Dato’ Menteri Besar menziarahi kediaman EXCO Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim bagi meraikan Tahun Baharu Cina di Seksyen 7 di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari hadir pada jam 10 pagi dengan berpakaian samfu, sedondon berwarna merah bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Beliau meluangkan masa kira-kira satu jam beramah mesra dengan tetamu berbilang kaum, bergambar serta menikmati hidangan.

[caption id="attachment_684454" align="aligncenter" width="959"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media ketika hadir di kediaman EXCO Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Seksyen 7, Shah Alam pada 29 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Amirudin ketika ditemui berharap tahun ular yang disambut tahun ini memberi lebih banyak limpahan rezeki dan kemakmuran kepada seluruh rakyat Selangor.

“Khusus kepada seluruh rakyat Selangor, saya ingin mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai.

“Semoga tahun ini membawa kekuatan, kegembiraan, kemakmuran kepada Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah bekas mufti negeri Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin dan EXCO Luar Bandar Dato’ Rizam Ismail.

Turut hadir EXCO Sumber Manusia V Papparaidu, EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari dan EXCO Pertanian Dato’ Izham Hashim.

[caption id="attachment_684451" align="aligncenter" width="1098"] EXCO Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim berswafoto bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan tetamu di kediaman Suee Lim sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Seksyen 7, Shah Alam pada 29 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_684456" align="aligncenter" width="1034"] EXCO Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim beramah mesra bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan tetamu di kediaman Suee Lim sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Seksyen 7, Shah Alam pada 29 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.