BERITA UTAMA

EXCO: Dasar ekonomi penjagaan diperluas melalui CareX, mampu jana pendapatan tinggi

29 Jan 2025, 12:20 AM
EXCO: Dasar ekonomi penjagaan diperluas melalui CareX, mampu jana pendapatan tinggi
EXCO: Dasar ekonomi penjagaan diperluas melalui CareX, mampu jana pendapatan tinggi

SHAH ALAM, 29 JAN: Selangor Care Accelerator (CareX) dilancar Februari ini sebagai usaha memperluaskan lagi dasar ekonomi penjagaan sekali gus mampu menjana pendapatan lebih tinggi.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata program berkenaan akan melatih peserta berhubung sektor penjagaan dalam tempoh beberapa bulan selain pembangunan industri terbabit.

“Program ini meliputi pelbagai latihan dan bengkel selain undang-undang. Menariknya peserta perlu menyampaikan idea mereka di depan pelabur dan berpeluang mendapatkan geran.

“Ia akan menggalakkan ekonomi kerana banyak potensi untuk dikembangkan selain visi menjadikan Selangor sebagai hub penjagaan. Program juga bakal memperluaskan perspektif industri ini,” kata Anfaal Saari  ketika program Bicara Semasa terbitan Media Selangor.

[caption id="attachment_683194" align="alignleft" width="500"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berucap pada Majlis Perasmian Program Swift EmpowerHER di Pelabuhan Klang, Selangor pada 21 Januari 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada November Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor, antara persediaan menghadapi situasi negeri menua.

Menurut beliau, dasar itu memberi tumpuan kepada lima teras utama iaitu advokasi dan promosi, tata kelola dan kawal selia, penjaga terlatih dan tenaga kerja, pelaburan dan kerjasama serta inovasi, teknologi dan data.

Dasar yang berlangsung sehingga 2030 mengambil kira aspek penjagaan warga emas, penjagaan kanak-kanak, OKU serta pengukuhan sokongan kepada komuniti penjaga yang formal dan tidak formal.