ad
AGENDA

MB: Tahun ular kayu simbol kemakmuran, inspirasi untuk terus maju bersama

28 Jan 2025, 1:25 PM
MB: Tahun ular kayu simbol kemakmuran, inspirasi untuk terus maju bersama

SHAH ALAM, 28 JAN: Dato’ Menteri Besar mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghoa di negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tahun ular kayu yang membawa simbol pembaharuan dan kemakmuran menjadi elemen yang amat dekat dengan semangat, usaha gigih serta perpaduan rakyat Malaysia.

“Semoga perayaan ini menjadi detik yang bermakna untuk bersama keluarga serta memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus maju bersama.

“Kami di Selangor mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambut! Se Nian Ji Xiang! Xin Nian Kuai Le!,” katanya di Facebook.

 

 

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.