SHAH ALAM, 27 JAN: Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang sudah siap sepenuhnya akan mengurangkan insiden pencemaran sekali gus mengelakkan kejadian gangguan bekalan air.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata menerusi projek berkenaan, kes pencemaran air telah berkurang tahun lalu kepada 20 kes dengan lima daripadanya melibatkan henti tugas.
“Kes gangguan bekalan air berlaku. Pada 2020. Kes masih berulang-ulang, bersambung-sambung. Jadi kita laksanakan SJAM dan (sekarang) hampir sempurna dan yakin dapat tangani isu pencemaran.
[caption id="attachment_684102" align="aligncenter" width="989"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan amanat tahun baharu 2025 di Auditorium Jubli Perak, Shah Alam pada 27 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
“Tahun lepas lebih 20 insiden dan masalah henti tiga antara empat lima kes. Kita kena laksanakan pelbagai langkah penambahbaikan, banyak perlu dibaiki dan diperkemas,” katanya pada majlis amanat Tahun Baharu 2025 di sini hari ini.
Selain projek terbabit, beliau berkata peranan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi aspek perubahan dasar dan enakmen turut membantu kejayaan negeri mengatasi pencemaran selain pasukan pemantau.
“Saya bersyukur kepada Allah SWT sepanjang Disember dan Januari setakat ini keadaan agak terkawal. Peristiwa, insiden yamg berlaku sangat minimum.
“Yang besar melibatkan kolam takungan pecah, itu di luar daripada perancangan kita. Itu pun kita dapat tangani dalam tempoh dua atau tiga hari,” katanya.
Diperkenal menerusi Belanjawan Selangor 2021, SJAM bertujuan menangani insiden pencemaran sungai dan kekurangan air mentah di negeri ini selain melibatkan inisiatif rondaan serta pemantauan proaktif 24 jam yang digerakkan Pasukan Tindakan Segera LUAS.
Pada 11 Julai tahun lalu, EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim menjelaskan projek merangkumi empat pakej membabitkan LRA Sungai Selangor fasa satu hingga tiga mencapai 89.54 peratus kemajuan.
[caption id="attachment_672119" align="aligncenter" width="1293"] EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim melawat rumah pam air pada Majlis Penyerahan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Pakej B di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 8 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]