SHAH ALAM, 26 JAN: Beregu badminton negara Man Wei Chong- Tee Kai Wun muncul juara Masters Indonesia selepas menewaskan jaguh tuan rumah yang juga beregu keempat dunia Fajar Alfian-Mohd Rian Ardianto.
Beregu ke-13 dunia itu mencatat kemenangan 21-11 21-19. Wee Chong-Kai Wun muncul beregu lelaki pertama negara menjuarai kejohanan tersebut yang mula dipertandingkan pada 2010.
Kedua-dua beregu pernah bertemu sebanyak empat kali sebelum ini dan kesemua dimenangi oleh lawan dari Indonesia itu.
Wee Chong-Kai Wun membawa pulang AS$ 37,525 (RM164,284) manakala Fajar-Rian memperoleh AS$ 18,050 (RM79,022).


