AGENDA

MB cadang isu kelestarian alam dimuatkan dalam kurikulum pendidikan

24 Jan 2025, 2:00 PM
MB cadang isu kelestarian alam dimuatkan dalam kurikulum pendidikan
MB cadang isu kelestarian alam dimuatkan dalam kurikulum pendidikan

SEREMBAN, 24 JAN: Isu kelestarian alam perlu dimuatkan dalam kurikulum pendidikan negara bagi melahirkan generasi yang peka terhadap isu perubahan iklim dan sumber semula jadi, cadang Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari percaya pendidikan memainkan peranan utama dalam membentuk sikap dan pemikiran generasi muda terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

“Isu kelestarian alam harus segera jadi sebahagian dari kurikulum (sekolah), sama ada kurikulum tambahan atau secara tidak langsung dalam program dan aktiviti (sekolah),” katanya.

[caption id="attachment_683651" align="aligncenter" width="813"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap dalam program Bicara Eksekutif Kepimpinan Pendidikan Memaknai Agenda Malaysia MADANI di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan pada 24 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berucap dalam program Bicara Eksekutif Madani Institut Aminudin Baki (IAB): Kepimpinan Pendidikan Memaknai Agenda Malaysia Madani yang dihadiri lebih 800 hadirin, di sini, hari ini.

Menurutnya kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah perlu diperhebat bagi merealisasikan usaha ini demi masa depan yang mampan.

“Selain tangani masalah asas, pemahaman dan falsafah isu besar seperti sains, teknologi dan matematik, isu jelas yang harus kita tangani adalah (kepekaan) generasi terhadap isu alam sekitar dan keutuhan alam,” katanya.