SHAH ALAM, 24 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Jabatan Imigresen menahan 52 warga asing dalam serbuan berasingan di 11 premis pernigaan sekitar Petaling Jaya, semalam.
Menurut MBPJ, operasi yang disertai Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon turut menyita empat premis atas kesalahan berniaga tanpa lesen dan menghalang laluan siar kaki awam.
“Objektif utama operasi adalah memastikan semua aktiviti perniagaan yang dijalankan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.
"Pemeriksaan terhadap 11 premis perniagaan telah membawa kepada penahanan 52 warga asing daripada pelbagai kewarganegaraan untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi Facebook.
MBPJ memaklumkan pihaknya tekad mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.