ad
EXCO

Negeri anjur sambutan Ponggal di Sekinchan pada 1 Februari

22 Jan 2025, 12:30 PM
Negeri anjur sambutan Ponggal di Sekinchan pada 1 Februari
Negeri anjur sambutan Ponggal di Sekinchan pada 1 Februari

SHAH ALAM, 22 JAN: Sambutan perayaan Ponggal peringkat negeri tahun ini akan dianjurkan di Sekinchan pada 1 Februari depan.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas) V Papparaidu berkata sambutan perayaan itu akan dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Tahun lalu kita adakan sambutan Ponggal di Banting, kali ini memilih Sekinchan sebagai lokasi penganjuran kerana bersesuaian dengan tempat menanam padi.

“Ponggal bukan perayaan agama sebaliknya budaya menuai dan sebab itu kita memilih Sekinchan. Kita sasar ribuan hadir memeriahkan sambutan perayaan Ponggal,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

[caption id="attachment_683339" align="aligncenter" width="1128"] EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu bercakap kepada media ketika majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri kepada pemohon yang berjaya di bawah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel Bagi Tahun 2024 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Di Malaysia pesta Ponggal merupakan perayaan musim menuai yang diraikan secara meluas oleh masyarakat India dan bertujuan memberi rehat kepada pesawah serta ternakan.

Ponggal diraikan pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil dipanggil ‘Thai’ dan merupakan perayaan utama khususnya bagi komuniti petani.

Pada masa sama, Papparaidu memaklumkan sambutan Thaipusam peringkat negeri berlangsung pada 10 Februari ini di Batu Caves.

“Bagi sambutan Thaipusam Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Perbandaran Selayang dan mengadakan mesyuarat bersama polis untuk aspek keselamatan.

“Ini bagi memastikan sambutan berjalan lancar selain mengelak perkara tidak diingini berlaku. Selain itu turut disediakan ambulans, semuanya bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.