ad
ADN

600 baucar Jom Shopping selesai diedar, ADN tambah inisiatif sendiri

22 Jan 2025, 12:09 PM
600 baucar Jom Shopping selesai diedar, ADN tambah inisiatif sendiri

SUNGAI BULOH, 22 JAN: Sebanyak 600 baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan selesai diedar.

Wakil rakyatnya Pua Pei Ling berkata pihaknya turut menyediakan baucar tambahan sebanyak RM50 kepada individu yang tidak terpilih menerima baucar Jom Shopping inisiatif Kerajaan Selangor.

"Baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina bernilai RM200 kita sudah selesai edarkan, saya turut menambah lagi baucar RM50 kepada 600 keluarga yang tidak berjaya terima inisiatif negeri.

"Majoriti penduduk di sini adalah berbangsa Cina sebab itu saya mengambil inisiatif tambahan baucar supaya lebih ramai dapat manfaat dan pada masa sama meringankan beban mereka membuat persiapan Tahun Baharu Cina," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas meninjau projek menaik taraf tebing sungai di Kampung Desa Aman di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan di sini hari ini.

Jelasnya, penerima turut meluahkan kesyukuran apabila Kerajaan Negeri dan pihak DUN Bukit Lanjan prihatin dengan kebajikan mereka menjelang hari perayaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan RM12 juta diperuntuk bagi baucar Jom Shopping Perayaan.

Sebelum ini, EXCO pembasmian kemiskinan memaklumkan Kerajaan Negeri memperuntuk RM4.76 juta bagi baucar Jom Shopping Perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

V Papparaidu berkata 23,800 baucar bernilai RM200 akan diagih pejabat DUN dan penyelaras membabitkan 56 DUN.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.