SHAH ALAM, 23 JAN: Kerja menaik taraf prasarana dan memperkasa wanita menerusi penganjuran pelbagai program antara tumpuan utama Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan, tahun ini.
Pua Pei Ling bertekad meningkatkan kualiti kemudahan awam bagi memastikan kehidupan warga Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan lebih selamat dan selesa.
"Kita sedang meneliti beberapa prasarana di banyak lokasi termasuk di kampung Orang Asli iaitu Kampung Desa Temuan untuk dinaik taraf pada tahun ini.
"Kita juga memberi tumpuan kepada kawasan yang kerap banjir terutama di Kampung Desa Aman, diharapkan kejadian bah tidak berulang selepas kerja menaik taraf sungai dilaksana," katanya.
[caption id="attachment_683304" align="aligncenter" width="810"] Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan Puan Pei Ling melihat kerja naik taraf tebing sungai di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh pada 22 Januari 2025. Foto Zulfadhli Zaki/Media Selangor[/caption]
Bercakap dalam sidang media selepas meninjau projek menaik taraf tebing di kampung berkenaan, Pei Ling memberitahu pihaknya juga berhasrat menganjur lebih banyak program pembangunan wanita.
"Tahun ini, kita hasrat anjur lebih banyak program berbentuk pemberdayaan dan pembangunan wanita supaya golongan berjaya," katanya.