AGENDA

Negeri rekod hasil hampir RM3 bilion, laksana pelbagai program untuk rakyat

20 Jan 2025, 10:00 AM
Negeri rekod hasil hampir RM3 bilion, laksana pelbagai program untuk rakyat
Negeri rekod hasil hampir RM3 bilion, laksana pelbagai program untuk rakyat
Negeri rekod hasil hampir RM3 bilion, laksana pelbagai program untuk rakyat
Negeri rekod hasil hampir RM3 bilion, laksana pelbagai program untuk rakyat
Negeri rekod hasil hampir RM3 bilion, laksana pelbagai program untuk rakyat

SHAH ALAM, 20 JAN: Hasil pendapatan negeri hampir RM3 bilion diperoleh tahun lalu akan digunakan untuk pelbagai program termasuk pelaksanaan skim Iltizam Anak Selangor.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif menggantikan Tabung Anak Warisan Selangor itu memerlukan dana besar sehingga RM300 juta bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dalam tempoh 10 tahun.

“Kita ada komitmen besar ke hadapan ini, contohnya untuk tabung anak Selangor (Iltizam Anak Selangor). Kumpulan pertama pada awal 2026 dan kita perlukan dana besar.

[caption id="attachment_682956" align="aligncenter" width="1167"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bersama ahli Pusat Wanita Berdaya (PWB) dalam Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 20 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ini antara komitmen yang akan dilunaskan (dengan pendapatan hasil). Kita juga akan lihat keperluan tambahan mengikut keadaan semasa. Saya rasa mungkin akan dimuktamadkan menjelang pertengahan tahun ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Iltizam Anak Selangor merupakan inisiatif kebajikan rakyat membabitkan simpanan tabung untuk anak Selangor lahir pada 2022, yang menawarkan simpanan RM100 setahun sehingga kanak-kanak berusia lima tahun.

Setiap permohonan yang layak akan dibukakan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Tahun lalu, Selangor mencatat hasil akhir pendapatan 2024 berjumlah RM2.858 bilion, tertinggi dalam sejarah negeri. Jumlah itu juga melepasi pencapaian terbaik kutipan Selangor pada 2017 iaitu RM2.811 bilion.

Pada 2023, Selangor memperoleh kutipan hasil RM2.7 bilion, RM2.5 bilion (2022) dan RM2.3 bilion pada 2021.

[caption id="attachment_682957" align="aligncenter" width="1201"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat reruai selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 20 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_682958" align="aligncenter" width="1026"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan watikah 56 penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) dalam Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 20 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_682959" align="aligncenter" width="1261"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bersama ahli Pusat Wanita Berdaya (PWB) dalam Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 20 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]