SHAH ALAM, 13 JAN: Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) dengan kerjasama Sime Darby Property Berhad menganjurkan klinik ragbi di 33 sekolah rendah seluruh Selangor sejak Disember hingga bulan ini.
Presiden KRS Lim Yi Wei berkata program bertujuan memberi pengenalan awal mengenai ragbi dan panduan kepada sekolah untuk mengendalikan pasukan dalam usaha membangunkan bakat muda.
“Program dibiayai oleh Sime Darby Property dan mendapat sokongan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
“Harapan saya pelaksanaan klinik di setiap daerah dapat membawa sukan ragbi Selangor ke tahap lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi.
[caption id="attachment_681803" align="aligncenter" width="763"]
Presiden Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) Lim Yi Wei (berdiri, tengah) bergambar bersama jurulatih dan guru selepas program pembangunan ragbi peringkat sekolah rendah negeri Selangor di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong pada 7 Januari 2025. Foto Facebook Selangor Rugby Union[/caption]
Yi Wei memberitahu seramai 3,500 pelajar dibimbing oleh jurulatih KRS sepanjang penganjuran klinik ragbi berkenaan.
“Pelajar juga dilatih oleh pegawai teknikal sukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengikut kawasan masing-masing selaku tenaga pengajar,” katanya.
[caption id="attachment_681804" align="aligncenter" width="808"]
Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) dengan kerjasama Sime Darby Property Berhad menganjurkan klinik ragbi di 33 sekolah rendah seluruh Selangor sejak Disember hingga Januari 2025. Foto Facebook Selangor Rugby Union[/caption]


