ad
AGENDA

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

4 Jan 2025, 12:14 PM
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

KUANTAN, 4 JAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, dekat sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.07 petang dan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut digegaskan ke lokasi.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati, mangsa Azri Fahmi, 14, bersama dua rakannya sedang memancing di rumah rakit tersebut sebelum terjatuh dan hanyut dibawa arus Sungai Pahang.

“Pasukan bomba membuat pencarian penyelamatan di permukaan air dengan menggunakan bot orang kampung pada jarak 1.5 kilometer. Pusat Gerakan Operasi telah mengaktifkan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Bukit Angin ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi menyelamat sedang berjalan dengan kerjasama pihak polis dan bantuan orang kampung.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.