SHAH ALAM, 4 NOV: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam takungan ketika memancing di Kampung Melayu Kulai, Johor, di sini, hari ini.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Awang Adzwan Awang Sahari, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.17 pagi, lapor Berita Harian.
“Enam anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba tujuh minit kemudian.
“Operasi membawa keluar mangsa dijalankan menggunakan tali dan pengusung, sebelum mayat diserahkan kepada polis," katanya.







