AGENDA

MB: Mahasiswa Selangor terjejas bah terima bantuan RM500

2 Jan 2025, 6:31 AM
MB: Mahasiswa Selangor terjejas bah terima bantuan RM500
MB: Mahasiswa Selangor terjejas bah terima bantuan RM500
MB: Mahasiswa Selangor terjejas bah terima bantuan RM500
MB: Mahasiswa Selangor terjejas bah terima bantuan RM500

KOTA BHARU, 2 JAN: Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan khas bencana berjumlah RM500 kepada setiap mahasiswa negeri itu yang terjejas akibat bah baru-baru ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu mula diagihkan kepada setiap mahasiswa muai Februari depan.

[caption id="attachment_680369" align="aligncenter" width="815"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika sesi bersarapan pagi bersama mahasiswa Selangor yang menuntut di Universiti Malaysia Kelantan di Kopitiam Kita, Kota Bharu pada 2 Januari 2025. Foto RADIN WAZIR/PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR[/caption]

“Seramai 50 ke 60 pelajar, bukan kediaman…semuanya Kerajaan Negeri beri sumbangan RM500. Ini untuk ringankan beban, bantu ganti alat kenderaan dan rumah disebabkan banjir.

“Bantuan ini kita jangka disalurkan kepada semua mangsa pada Februari nanti,” katanya pada sesi ramah mesra bersama mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan di Kopitiam Kita di sini hari ini.

Terdahulu, Amirudin diiringi EXCO Belia Mohd Najwan Halimi meluangkan masa hampir dua jam bersarapan pagi bersama 30 mahasiswa Selangor.

Amirudin turut memberitahu pentadbiran negeri berhasrat melaksana program latihan industri membabitkan pelbagai organisasi termasuk syarikat induk dan anak syarikat.

[caption id="attachment_680368" align="aligncenter" width="767"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi Hadir sama EXCO Belia Mohd Najwan Halimi meluangkan masa bersarapan pagi bersama mahasiswa Selangor yang menuntut di Universiti Malaysia Kelantan di Kopitiam Kita, Kota Bharu pada 2 Januari 2025. Foto RADIN WAZIR/PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR[/caption]

“Kita ada tiga syarikat induk dan 36 anak syarikat lagi 10 pejabat EXCO beserta speaker dan timbalannya. Kita mempunyai banyak tempat untuk latihan industri yang dapat beri pengalaman pada mahasiswa dalam negeri termasuk luar negara.

“Buat masa ini, kita sedang menyusun program ini dan jangka laksana tahun depan. Semoga dengan pelaksanaannya dapat membuka ruang kerjaya kepada mereka pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, mewakili pelajar, Nik Muhammad Afif Fakhri Mohd Shardi menyifatkan pertemuan bersama Dato’ Menteri Besar amat bermakna dan memanfaatkan peluang itu untuk berkongsi isu berkaitan mahasiswa.

[caption id="attachment_680375" align="aligncenter" width="814"] EXCO Perhubungan Luar Persatuan Mahasiswa Selangor Nik Muhammad Afif Fakhri Mohd Shardi. Foto ANNA FARINA/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Biasanya kita hanya duduk di bawah dan mendengar ucapan pemimpin di atas pentas tetapi berbeza semua dapat bertemu serta meluangkan masa.

“Terima kasih atas peluang diberikan dan bantuan kepada mahasiswa terlibat banjir baru-baru ini. Bantuan diberikan amat membantu,” katanya yang juga EXCO Perhubungan Luar Persatuan Mahasiswa Selangor dan Wilayah Persekutuan.

November lalu, lapan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, dan Johor, membabitkan 38 daerah.