ad
ADN

DUN Batu Tiga anjur sambutan tahun baharu, penduduk dijemput hadir

30 Dis 2024, 1:00 PM
DUN Batu Tiga anjur sambutan tahun baharu, penduduk dijemput hadir

SHAH ALAM, 30 DIS: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di Dewan Beringin, Seksyen 24, di sini.

Wakil rakyatnya Danial Al-Rashid Haron berkata pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung dalam program yang bermula jam 8 malam esok hingga 1 pagi itu.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan bermula dengan rewang rakyat, kenduri rakyat, pelancaran Aplikasi MyB3 dan lagu rasmi Batu Tiga.

“Jom sertai kemeriahan ini untuk bersama meraikan detik terakhir 2024 dan menyambut tahun baharu 2025 dengan penuh semangat di Batu Tiga,” katanya menerusi Facebook.

Menariknya, turut diadakan cabutan bertuah, pertunjukan bunga api, pertandingan gubahan sirih junjung, basikal berhias dan busana tradisional serta fesyen ‘Old Money’.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan ‘Voice of Percussion’ dan koir DUN Batu Tiga.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.