AGENDA

Klang, Petaling antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

28 Dis 2024, 9:23 AM
Klang, Petaling antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 28 DIS: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sarawak.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.