SHAH ALAM, 17 DIS: Koperasi Warga Hijrah (KoHijrah) merekodkan nilai jualan sebanyak RM5 juta tahun ini, maklum pengurus besarnya.
Menurut Dato’ Mohammad Syukri Ismail, angka itu melepasi sasaran RM3 juta dan jualan dijana melalui perniagaan makanan dan minuman, peruncitan, perhotelan dan pelancongan.
[caption id="attachment_678200" align="aligncenter" width="736"]
Pengurus Besar Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah Selangor) Dato’ Mohammad Syukri Ismail pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor 2024 di Grand Shah Alam, Pusat Konvensyen Shah Alam pada 16 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Selain itu, KoHijrah ada juga membuka pasar borong sendiri di Sijangkang. Pelbagai produk keluaran usahawan kami juga telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Thailand, Jepun, Korea Selatan, China, Finland, Sweden dan Turkiye.
“Tahun hadapan KoHijrah mensasarkan meraih nilai jualan pada RM10 juta. Ia menjadi satu cabaran namun kami yakin dengan semangat dan penyatuan sokongan seluruh usahawan jumlah ini mampu dicapai,” katanya.
Beliau ditemui selepas mewakili KoHijrah untuk menerima Anugerah Khas Koperasi Berinovasi Selangor yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, malam tadi.
[caption id="attachment_678198" align="aligncenter" width="812"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah, duduk) dan EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Datuk Rizam Ismail bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor 2024 di Grand Shah Alam, Pusat Konvensyen Shah Alam pada 16 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Terhahulu, Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyampaikan Anugerah Khas Kelestarian Aktiviti Koperasi kepada Koperasi Koswip Malaysia manakala Usahawan Sabak Bernam Berhad menerima Anugerah Khas Koperasi Baru Berpontensi.
Sementara itu, Pengerusi Koswip Dato’ Khairul Walid Mohamed berkata gabungan ahli baru dan lama yang mempunyai rekod kekuatan berbakti kepada koperasi yang berusia 101 tahun itu berjaya menuai hasil jualan hingga RM20 juta tahun ini.
[caption id="attachment_678199" align="aligncenter" width="812"]
Pengerusi Koperasi Koswip Malaysia Berhad Dato’ Khairul Walid Mohamed pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor 2024 di Grand Shah Alam, Pusat Konvensyen Shah Alam pada 16 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Perkongsian idea membabitkan gabungan lama dan baru menjadi formula kejayaan Koswip. Kami juga aktif menggunakan media sosial seperti Facebook, TikTok dan Instagram untuk menarik orang awam menyertai Koswip,” kongsinya.


