AGENDA

Selangor antara sembilan negeri dijangka hujan lebat hingga lewat petang

3 Dis 2024, 7:47 AM
Selangor antara sembilan negeri dijangka hujan lebat hingga lewat petang

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri hingga lewat petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca itu juga diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Negeri yang terlibat ialah Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di Pahang kawasan dijangka terlibat ialah Kuantan, Jerantut, Cameron Highlands, Rabuh, Bentong dan Temerloh, Johor (Tangkak dan Muar) serta Kedah (Kulim dan Bandar Baharu).

Di Perak, antara kawasan dijangka terlibat ialah Kerian, Larut, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Bagan Datuk dan Muallim manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Bintulu dan Miri.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.