SHAH ALAM, 30 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat sehingga 6 petang.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Labuan, Pulau Pinang dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_675711" align="aligncenter" width="647"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


