ad
AGENSI

Prec santuni ratusan anak yatim, salur wakalah zakat lebih RM100,000

28 Nov 2024, 11:21 AM
Prec santuni ratusan anak yatim, salur wakalah zakat lebih RM100,000
Prec santuni ratusan anak yatim, salur wakalah zakat lebih RM100,000
Prec santuni ratusan anak yatim, salur wakalah zakat lebih RM100,000

SHAH ALAM, 28 NOV: PKNS Real Estate Sdn Bhd (Prec) menyalurkan wakalah zakat berjumlah RM93,750 kepada 167 anak yatim dari empat buah rumah kelolaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Pengurus besar kewangan korporat dan strateginya berkata pihaknya turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada yayasan itu bagi pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah.

Menurut Netty Hezreena Abd Malek, usaha bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) sempena Konvoi Kembara Prechatin X Yide 2024 untuk memberi semula kepada insan memerlukan.

[caption id="attachment_675357" align="aligncenter" width="773"] Kakitangan Prec menyantuni anak-anak yatim dengan mengadakan aktiviti mewarna sempena Konvoi Kembara Prechatin X Yide 2024 pada 27 November 2024. Foto ihsan Prec[/caption]

“Tahun ini agak istimewa kerana ini kali pertama Prec berkolaborasi bersama Yide dalam program kami. Konvoi Prechatin tahun ini juga pertama kali dilangsungkan selain dari Ramadan.

"Bagi kami tanggungjawab menyantuni anak yatim bukan sekadar rutin ketika Ramadan, namun ia perlu dilakukan secara konsisten dan berstrategi," katanya dalam kenyataan semalam.

Pada majlis sama, Prec turut menjenamakan semula unit tanggungjawab sosial korporat dari Team Ringan Tulang kepada Skuad Prechatin, menggambarkan keprihatinan syarikat itu terhadap komuniti.

Dalam konvoi berkenaan, lebih 80 warga Prec dan anak syarikatnya iaitu Park Here Sdn Bhd, Central Holdings Berhad dan Elit Hartanah PHE Sdn Bhd dibahagikan kepada empat kumpulan.

Setiap kumpulan berkonvoi bermula dari pusat beli-belah Shah Alam ke rumah anak yatim ditetapkan iaitu Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Pusat Jagaan Darul Sakinah Angkasa.

[caption id="attachment_675356" align="aligncenter" width="815"] Pengurus Besar Kewangan Korporat dan Strategi PKNS Real Estate Sdn Bhd (Prec) Netty Hezreena Abd Malek bersama Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah dan Ketua Jabatan Pengurusan Muzakki dan Komunikasi LZS Khairul Azhan Ahmat melepaskan Konvoi Kembara Prechatin X Yide 2024 di pusat beli-belah Shah Alam pada 27 November 2024. Foto ihsan Prec[/caption]

Mereka turut berkunjung ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu serta

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah untuk menyerahkan bantuan tunai dan keperluan asas.

Aktiviti diadakan termasuk sesi bersama maskot, kuiz, bercerita, melukis dan mewarna, menghias dan membaiki kerosakan rumah serta memperindah kawasan sekitar seperti mengecat.

Majlis pelancaran disempurnakan Nerrt Hezreena bersama Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah dan Ketua Jabatan Pengurusan Muzakki dan Komunikasi LZS Khairul Azhan Ahmat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.