ad
AGENSI

Festival Ramadan 2024 dianjur lebih meriah, sasar pengunjung serata negeri

21 Dis 2023, 3:00 AM
Festival Ramadan 2024 dianjur lebih meriah, sasar pengunjung serata negeri

SHAH ALAM, 21 DIS: Festival Ramadan Selangor (Festira) pada tahun depan bakal dianjurkan lebih meriah dengan pertambahan bilangan usahawan dan jenis barangan jualan.

Ketua pegawai eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) berkata acara tahunan itu menjadi tumpuan pengunjung dari serata negeri sekali gus menambah pendapatan peniaga.

"Festira 2024 akan menarik penyertaan lebih ramai usahawan dengan pelbagai jenis jualan.  Kita akan menambah pelbagai jualan lagi di sekitar SACC Walk daripada reruai makanan dan minuman, pakaian dan kebudayaan.

"PREC juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menganjurkan acara terutama di SACC Mall bagi menarik lebih ramai pengunjung," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program keusahawanan Createpreneur Finale 2023 di SACC Mall di sini semalam.

Festira tahun ini yang berlangsung pada 5 Mac sehingga 21 April menerima 2.5 juta pengunjung dengan penyertaan kira-kira 1,000 usahawan berbanding 700 pada tahun lalu.

Acara dengan tema ‘Festira-Ya!’ itu berlangsung selama 48 hari di Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, dan di SACC Mall.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.