AGENDA

Kutipan hasil cukai tanah, petak disasar meningkat RM6 juta tahun depan

27 Nov 2024, 8:00 AM
Kutipan hasil cukai tanah, petak disasar meningkat RM6 juta tahun depan
Kutipan hasil cukai tanah, petak disasar meningkat RM6 juta tahun depan
Kutipan hasil cukai tanah, petak disasar meningkat RM6 juta tahun depan

SHAH ALAM, 27 NOV: Kerajaan Negeri menyasar peningkatan kutipan hasil cukai tanah dan petak RM6 juta tahun depan, dengan penyediaan van baharu kepada semua pejabat daerah dan tanah (PDT).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemberian sembilan van yang digunakan sebagai kaunter kutipan bergerak melibatkan kos RM2.69 juta.

“Sebelum ini kita menggunakan van sejak 2016 tetapi apabila mencecah usia lebih lapan tahun, ia menimbulkan isu kerosakan dan merencatkan usaha PDT mengutip cukai di lapangan.

“Kerajaan Negeri melihat adalah wajar sekiranya van kutipan dibuat penggantian bagi memberi kemudahan kepada pembayar cukai dan kakitangan bertugas,” katanya pada sidang media.

[caption id="attachment_675165" align="aligncenter" width="1187"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat van kutipan hasil cukai tanah pada Majlis Penyerahan Van Kutipan Hasil Cukai Tanah dan Cukai Petak untuk sembilan Pejabat Daerah dan Tanah Selangor di luar Dewan Negeri Selangor pada 27 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis penyerahan van kutipan hasil cukai tanah dan cukai petak yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Amirudin menambah, van berkenaan dilengkapi ciri keselamatan baharu seperti kamera litar tertutup (CCTV), kamera papan pemuka selain penyaman udara dan susunan dalaman lebih selesa.

“Berdasarkan prestasi kutipan, van kutipan luar di PDT yang lebih selamat dan selesa dilihat berupaya membantu meningkatkan lagi kutipan cukai mengikut sasaran ditetapkan,” katanya.

[caption id="attachment_675166" align="aligncenter" width="1263"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat keadaan dalam van kutipan hasil cukai tanah selepas Majlis Penyerahan Van Kutipan Hasil Cukai Tanah dan Cukai Petak untuk sembilan Pejabat Daerah dan Tanah Selangor di luar Dewan Negeri Selangor pada 27 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]