SHAH ALAM, 19 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir seluruh Selangor hingga 7 malam.
Cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_673964" align="aligncenter" width="693"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]