AGENDA

Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor buka tirai 27 Nov, sasar tarik 150,000 pengunjung

18 Nov 2024, 7:46 AM
Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor buka tirai 27 Nov, sasar tarik 150,000 pengunjung
Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor buka tirai 27 Nov, sasar tarik 150,000 pengunjung
Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor buka tirai 27 Nov, sasar tarik 150,000 pengunjung

SHAH ALAM, 18 NOV: Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) yang julung kali dianjurkan Kerajaan Negeri pada 27 November hingga 1 Disember di Pusat Konvensyen Setia Alam dijangka menarik

lebih 150,000 pengunjung.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penganjuran sidang berkenaan selaras dengan hasrat pentadbiran negeri untuk memperkasa agenda pendidikan dan penyediaan modal insan berkemahiran.

[caption id="attachment_673784" align="aligncenter" width="783"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap melancarkan Selangor Education Summit (SES) 2024 di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 18 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Bertemakan ‘Di mana inovasi dan pendidikan bergabung, dan eksplorasi menuju transformasi’, SES membuktikan komitmen Selangor dalam memperkasa inovasi dan pendidikan ke arah pembangunan transformasi lebih baik sesuai dengan prinsip menuntut ilmu dari buai hingga ke liang lahad,” katanya.

Terdahulu beliau melancarkan SES di bangunan pentadbiran negeri di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Selangor (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan Mat Yusop.

SES menampilkan empat program utama iaitu Pameran Buku Antarabangsa Selangor (SIBF), Ekspo Pembangunan Kajian dan Inovasi (SRIE), Selangor Advance Skills (SAS), dan Karnival Pendidikan STEM Selangor.

[caption id="attachment_673785" align="aligncenter" width="811"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bergambar bersama rakan strategik Baucar Buku Mahasiswa Selangor dalam Majlis Pelancaran Selangor Education Summit (SES) 2024 di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 18 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri menyediakan baucar buku kepada mahasiswa dengan peruntukan RM400,000 yang akan diedar sepanjang sidang berkenaan.

Menurutnya, penganjuran SES menerima penajaan hampir RM1 juta daripada pelbagai pihak termasuk sokongan modul teknologi daripada syarikat penyedia teknologi terkemuka.

“Saya amat yakin kerjasama ini dapat melonjakkan nama Selangor di mata dunia dan memperkenalkan pelbagai produk pendidikan kepada pengunjung tempatan dan luar negara,” katanya.