ad
AGENDA

Rancak promosi, Tahun Melawat Selangor terima suntikan RM8 juta

15 Nov 2024, 12:00 PM
Rancak promosi, Tahun Melawat Selangor terima suntikan RM8 juta

SHAH ALAM, 15 NOV: Sejumlah RM8 juta diperuntuk bagi melaksana program promosi dan acara pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata perbelanjaan tersebut turut membabitkan kerja naik taraf lokasi tumpuan bagi menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar negara.

"Kempen promosi pelancongan sedang giat dijalankan melalui kempen ‘Surprising Selangor!’ bagi merangsang ekonomi pelancongan domestik khususnya di anjung utara yang melibatkan daerah Sabak Bernam hingga Kuala Selangor serta anjung selatan bagi daerah Sepang dan Kuala Langat," katanya membentangkan Belanjawan Negeri 2025.

TMS2025 dijangka menarik lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa dengan sasaran kutipan resit RM11.7 bilion.

Menurut Tourism Selangor, TMS2025 disasar menawarkan lebih 60 program dan acara dengan promosinya memberi penekanan khusus kepada beberapa segmen termasuk pelancongan eko, agro, seni dan budaya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.