ad
AGENDA

Jamin pembangunan projek tebatan banjir berkesan, Selangor peruntuk RM34.27 juta

15 Nov 2024, 11:43 AM
Jamin pembangunan projek tebatan banjir berkesan, Selangor peruntuk RM34.27 juta

SHAH ALAM, 15 NOV: Sejumlah RM34.27 juta diperuntuk bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir di beberapa lembangan sungai utama negeri, tahun depan.

Dato' Menteri Besar berkata projek berkenaan perlu dilaksana segera terutama di lembangan Sungai Klang bagi mengatasi risiko banjir kilat atau monsun susulan pembangunan pesat di kawasan itu.

"Projek tebatan banjir ini juga akan dilaksanakan secara sinergi bersama projek di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi mencapai keberkesanan lebih menyeluruh dalam menangani isu banjir di Selangor," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025.

Berikut senarai lembagan sungai utama yang terlibat:

- lembangan Sungai Klang (RM18.7 juta)

- lembangan Sungai Langat (RM9.3 juta)

- lembangan Sungai Selangor (RM3.2 juta)

- lembangan Sungai Buloh (RM1 juta)

- beberapa lembangan termasuk Sungai Bernam dan Sungai Kapar Besar (RM1.2 juta)

Kerajaan Negeri tahun lalu memperuntuk RM65 juta bagi pembangunan projek tebatan banjir, pembangunan saliran, pembangunan sumber air dan hidrologi, pengurusan saliran mesra alam dan pembangunan pantai melibatkan 103 program.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.