AGENDA

Hampir seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang

15 Nov 2024, 6:41 AM
Hampir seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang
Hampir seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 13 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 5 petang.

Aensi itu menerusi Facebook memaklumkan, keadaan sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan , Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.