SHAH ALAM, 14 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda seluruh Selangor hingga 11 malam.
Cuaca sama dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Pulau Pinang dan Perak selain beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_673096" align="aligncenter" width="668"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


