AGENDA

Hampir seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang

14 Nov 2024, 7:20 AM
Hampir seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang
Hampir seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 13 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 5 petang.

Aensi itu menerusi Facebook memaklumkan, keadaan sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan Johor selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.