SHAH ALAM, 13 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir melanda seluruh daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang.
Amaran sama dikeluarkan melibatkan seluruh Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_672795" align="aligncenter" width="639"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


