ADN

Parlimen Bangi anjur Bengkel 3M percuma, terhad 50 murid

10 Nov 2024, 6:30 AM
Parlimen Bangi anjur Bengkel 3M percuma, terhad 50 murid

HAH ALAM, 10 NOV: Seramai 50 murid berpeluang mengikuti Bengkel 3M (membaca, mengira, menulis) anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bangi secara percuma pada 16 dan 23 November.

Wakil rakyatnya Syahredzan Johan berkata bengkel anjuran bersama Ahli Majlis MPKj Zon 5 dan Yayasan Bank Rakyat dijadual bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari di Dewan Desa Baiduri MPKj

“Anak anda mempunyai masalah untuk membaca,mengira atau menulis? Jom daftarkan mereka ke program Bengkel 3M.

"Bengkel percuma ini ditawarkan terhad kepada 50 murid bermula usia 7 hingga 9 tahun,” katanya menerusi Facebook.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan forms.gle/qqTWgVTWe8y4yVSGA

Tambah Syahredzan, sijil turut diberi kepada murid yang mengikuti kedua-dua bengkel tersebut.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.