ad
EXCO

Karnival Kesihatan Madani di Kajang meriah, lebih 500 penduduk hadir

29 Sep 2024, 9:45 AM
Karnival Kesihatan Madani di Kajang meriah, lebih 500 penduduk hadir
Karnival Kesihatan Madani di Kajang meriah, lebih 500 penduduk hadir
Karnival Kesihatan Madani di Kajang meriah, lebih 500 penduduk hadir
Karnival Kesihatan Madani di Kajang meriah, lebih 500 penduduk hadir
Karnival Kesihatan Madani di Kajang meriah, lebih 500 penduduk hadir
Karnival Kesihatan Madani di Kajang meriah, lebih 500 penduduk hadir

HULU LANGAT, 29 SEPT: Karnival Kesihatan Madani di Dewan Serbaguna Bandar Teknologi Kajang di sini, hari ini berlangsung meriah dengan lebih 500 penduduk hadir.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan berkata menerusinya pengunjung boleh menjalani saringan kesihatan percuma selain berpeluang mengikuti pelbagai acara menarik.

[caption id="attachment_665564" align="aligncenter" width="814"] Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan berucap ketika program Mini Karnival Kesihatan Malaysia Madani di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat pada 29 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Selain saringan kesihatan percuma program turut menyediakan pemeriksaan gigi, telinga dan mata tanpa bayaran. Aktiviti menarik lain pertandingan mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah dan pameran agensi kerajaan.

“Pusat Khidmat Parlimen Bangi dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal menyambut baik program anjuran Poliklinik An-Nur dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ini,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan. Hadir sama EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin.

[caption id="attachment_665541" align="aligncenter" width="812"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin bersama Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan melihat pengunjung membuat pemeriksaan kesihatan ketika program Mini Karnival Kesihatan Malaysia Madani di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat pada 29 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, pengunjung Mohd Asrul Ibrahim, 38, berkata saringan kesihatan percuma memberi manfaat kepada rakyat berpendapatan rendah (B40) memandangkan kos di luar yang tinggi.

[caption id="attachment_665566" align="aligncenter" width="763"] Mohd Asrul Ibrahim, 38,[/caption]

“Saya ambil peluang jalani saringan dan diberi tahu kolestrol agak tinggi, jadi saya dinasihatkan untuk menjaga pemakanan selepas ini.

“Saya harap program seumpama ini diteruskan agar lebih ramai rakyat terima manfaat dan cakna tentang kesihatan diri,” katanya

[caption id="attachment_665565" align="aligncenter" width="792"] Wan Rohana Wan Mustapha, 28,[/caption]

Sementara itu, pengunjung,Wan Rohana Wan Mustapha, 28, pula berkata karnival ini mendidik masyarakat untuk cakna tentang kepentingan menjaga kesihatan.

“Saya baru sahaja bersalin, jadi ambil peluang bersama keluarga di hujung minggu untuk buat pemeriksaan melihat perkembangan kesihatan terkini,” kongsinya.

[caption id="attachment_665539" align="aligncenter" width="815"] Orang ramai membuat pemeriksaan mata ketika program Mini Karnival Kesihatan Malaysia Madani di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat pada 29 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.