AGENDA

Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 10 pagi

8 Nov 2024, 12:06 AM
Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 10 pagi
Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 8 NOV:  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 10 pagi.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Negeri Sembilan dan Melaka selain melibatkan beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak dan Johor.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_672015" align="aligncenter" width="649"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]