AGENDA

KL, lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

7 Nov 2024, 7:02 AM
KL, lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang
KL, lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 7 NOV: Lima daerah di negeri iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat disertai ribut petir turut melanda Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_671897" align="aligncenter" width="595"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]