AGENDA

Tonton siaran langsung belanjawan negeri 2025 Jumaat depan

6 Nov 2024, 4:00 AM
Tonton siaran langsung belanjawan negeri 2025 Jumaat depan
Tonton siaran langsung belanjawan negeri 2025 Jumaat depan

SHAH ALAM, 6 NOV: Belanjawan negeri Selangor 2025 akan dibentang Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 15 November ini, jam 3 petang.

Laporan berita pembentangan belanjawan itu boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor JournalSelangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil.

Siaran langsung itu juga boleh diikuti menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.

Pembentangan di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS) itu turut disiarkan melalui media sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain di MYTV MANA-MANA.

Pada 30 Oktober, Dato’ Menteri Besar berkata belanjawan negeri tahun depan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta  menarik pelaburan ke negeri ini.

Amirudin berkata berkata usaha berterusan perlu dilakukan untuk meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara sekali gus menjamin limpahan manfaat dinikmati rakyat.