AGENDA

Ramalan hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 12 tengah hari

4 Nov 2024, 1:28 AM
Ramalan hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 12 tengah hari
Ramalan hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 4 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 12 tengah haru.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Melaka, Johor dan Sabah.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_671324" align="aligncenter" width="668"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.