AGENDA

Amaran hujan lebat, ribut petir di Kuala Selangor hingga 4 petang

3 Nov 2024, 5:48 AM
Amaran hujan lebat, ribut petir di Kuala Selangor hingga 4 petang
Amaran hujan lebat, ribut petir di Kuala Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 3 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda daerah Kuala Selangor hingga 4 petang ini.

Amaran sama dikeluar melibatkan seluruh Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_671249" align="aligncenter" width="675"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]