AGENDA

Selangor antara negeri diramal alami hujan sebelah petang Deepavali

30 Okt 2024, 2:30 AM
Selangor antara negeri diramal alami hujan sebelah petang Deepavali

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia, melalui ramalan cuaca sempena Deepavali 2024, memaklumkan bahawa hujan dan ribut petir dijangka melanda Putrajaya dan Melaka pada sebelah pagi, manakala Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan diramal mengalami keadaan yang sama sehingga petang.

Sementara itu, cuaca di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak pagi esok diramal cerah sebelum dijangka mengalami hujan dan rebut petir pada sebelah petang sehingga malam.

Cuaca di Kuala Lumpur dan Labuan pagi esok pula diramal cerah.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.