ad
AGENDA

Bas bawa pelancong Jepun langgar belakang treler, 13 cedera

25 Okt 2024, 12:05 AM
Bas bawa pelancong Jepun langgar belakang treler, 13 cedera

IPOH, 24 OKT: Sebanyak 13 penumpang termasuk pelancong dari Jepun cedera, apabila sebuah bas persiaran melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kejadian di KM 230.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, dekat Taiping, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa terdiri daripada dua warga tempatan iaitu pemandu dan pemandu pelancong, dan selebihnya tiga lelaki dan lapan wanita yang merupakan warganegara Jepun.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bomba telah melaksanakan kerja-kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa yang cedera dari bas seterusnya diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital menggunakan jentera EMRS serta ambulans.

“Operasi tamat pada jam 3.52 petang,” katanya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.