AGENSI

Sultan Selangor berkenan ke majlis doa selamat sempena keberangkatan Raja Muda ke tanah suci

18 Okt 2024, 7:32 AM
Sultan Selangor berkenan ke majlis doa selamat sempena keberangkatan Raja Muda ke tanah suci

SHAH ALAM, 18 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan ke majlis doa selamat sempena keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Hadir sama, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj dan YAM Tengku Panglima Besar Selangor Tengku Abdul Samad Shah Alhaj, serta puteri Baginda; YAM Tengku Zatashah dan suami, Dato’ Setia Aubrey Mennesson.

"DYTM Tengku Amir Shah dijangka berangkat menunaikan umrah penghujung Oktober ini diiringi Orang Besar Istana YDM Tengku Seri Perkasa Diraja Tengku Musahiddin Shah," menurut kenyataan di Selangor Royal Office di Facebook.

"Turut mengiringi Baginda YDM Engku Panglima Setia Diraja Dato’ Syed Haizam Jamalullail, YDM Tengku Maha Kurnia Bijaya Diraja Tengku Saifan Rafhan dan YDM Tengku Orang Kaya Menteri Diraja Tengku Ezrique Ezzuddean."

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.