AGENSI

Raja Muda Selangor terima pingat kebesaran kurniaan Putera Albert II

27 Nov 2023, 1:06 PM
Raja Muda Selangor terima pingat kebesaran kurniaan Putera Albert II

SHAH ALAM, 27 NOV: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan menerima pingat darjah kebesaran kurniaan Putera Albert II semasa pertemuan di Istana Negara, hari ini.

Menurut Selangor Royal Office di Facebook Tengku Amir Shah dianugerahkan pingat Grand Officier de l’Ordre de Saint Charles.

"Putera Albert II kini dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Malaysia sebagai tanda persahabatan yang erat antara kedua negara," menurut kenyataan.

Terdahulu, Putera Albert II diberi sambutan negara di Istana Negara dan menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.